728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

Pound Dollar yang memacu naik lebih 110 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4769, kembali merudum lebih 230 pips pada sesi New York, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4529, sebelum menutup sekitar paras $1.4534; setelah komen ahli Feds Williams yang mengatakan Feds mungkin tidak akan menggunakan kadar negatif menarik minat pelabur kembali ke dalam Dollar.

Presiden Feds Chicago John Williams dalam satu temuramah Radio Bloomberg semalam, mengatakan bahawa beliau setuju untuk tidak menaikkan kadar pada tahun ini.  Beliau melihat pertumbuhan GDP sekitar 2% pada tahun ini dan kadar perlu dinaikkan secara perlahan-lahan dalam tempoh dua tahun akan datang.  Kenaikan kadar pada Jun ini hanya boleh dilakukan sekiranya inflasi terus meningkat dan keadaan sektor pekerjaan bertambah baik.

Dalam pada itu, The Wall Street Journal melaporkan yang Pound boleh jatuh kepada serendah $1.20 sekiranya undi untuk meninggalkan EU menang, menurut Samuel Tombs, ketua pakar ekonomi UK di Pantheon Makroeconomics. “Pelabur luar negara mungkin akan memberi UK kelegaan yang luas, sekurang-kurangnya sehingga beberapa penjelasan dicapai mengenai perjanjian perdagangan baru Britain dengan Eropah dan bentuk peraturan-peraturan baru,” menurut Encik Tombs dalam satu nota penyelidikan kepada pelanggan.

telegram-moshed

Pound telah pulih dengan mantap sejak mencapai paras terendah sekitar $1.38 pada akhir Februari selepas pengumuman tarikh untuk referendum keanggotaan UK dalam Kesatuan Eropah – ‘Brexit’. Ia telah meningkat dalam tempoh dua minggu lalu ekoran kemungkinan agensi pertaruhan yang beralih semula kepada kempen “kekal”, dalam undian yang dilihat oleh pelabur sebagai risiko yang besar kepada ekonomi British dan Eropah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register