banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar terus jatuh lebih 90 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5220 sebelum menutup sekitar paras 1.5255; setelah indeks PMI Perkhidmatan UK dilaporkan lebih rendah daripada jangkaan. Sektor perkhidmatan UK meningkat pada kadar yang paling lemah sejak lebih dua tahun, menurut data yang dikeluarkan semalam.

Indeks PMI Perkhidmatan UK merosot daripada 57.4 pada bulan Julai kepada 55.6 pada bulan Ogos, paras terendah sejak Mei 2013 dan jauh daripada 57.7 yang dijangka oleh penganalisis. Sementara itu, sub-indeks yang memantau perniagaan baru yang diterima oleh pembekal perkhidmatan UK, meningkat bagi bulan 32 berturut-turut pada bulan Ogos. Kadar pengembangan kekal kukuh dalam konteks sejarah kaji selidik tersebut, tetapi mula perlahan sejak Julai hingga ke paras paling lemah sejak April 2013, menurut Markit.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Ogos menyaksikan kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan mendadak dan tidak disangka-sangka,” menurut Chris Williamson, Ketua Ekonomi di Markit. “Penyusutan ketara harga selain daripada gaji pada Ogos, mencadangkan prospek inflasi adalah suram dan oleh itu mungkin membantu hujah ke arah menangguhkan sebarang kenaikan kadar sehingga gambaran ekonomi global menjadi lebih jelas.”

David Noble, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Chartered Institute of Procurement & Supply, mengatakan “sektor perkhidmatan hanya ada sedikit sebab untuk teruja kerana kadar pertumbuhan perniagaan baru dilaporkan pada paras paling rendah untuk 28 bulan dan kadar pertumbuhan aktiviti keseluruhan pula adalah yang paling lemah sejak 27 bulan lalu”.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register