728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 April 2016

Pound Dollar melonjak lebih 125 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4321 sebelum menutup sekitar paras $1.4262; setelah angka PMI pembinaan UK menewaskan ramalan dan kekal stabil dari bulan lepas. Pasaran telah menjangka untuk melihat penurunan dalam aktiviti pembinaan, dan kejutan positif ini melonjakkan nilai Pound.

Dengan rakyat Britain yang bakal mengundi dalam referendum pada 23 Jun ini, kaji selidik dalam talian dengan pembanci ‘Opinium’ untuk akhbar Observer, menunjukkan 43% sokongan untuk Britain meninggalkan EU, lebih banyak daripada 39% sokongan untuk kekal dalam blok ekonomi Eropah itu. Kemudian, pungutan suara dalam talian TNS pula menunjukkan kempen saingan bagi Britain untuk kekal atau meninggalkan Kesatuan Eropah telah berjalan dengan begitu sengit sekali.

telegram-moshed

Walaupun pemilihan ini menunjukkan pertandingan sengit, pasaran hanya memfaktorkan peluang satu dalam tiga, bahawa Britain akan keluar dari Kesatuan Eropah, yang disertainya pada tahun 1973. Ketidaktentuan ini telah meningkatkan kos perlindungan nilai terhadap perubahan mendadak dalam Pound berbanding Dollar AS dan Euro, yang naik ke sekitar paras tertinggi dalam masa enam tahun, manakala permintaan untuk membeli ‘put’ opsyen kekal stabil.

telegram-moshed

Pelabur global bimbang, dengan meninggalkan EU akan mengancam aliran pelaburan asing yang besar di Britain yang perlu membiayai defisit akaun semasa – antara yang terbesar di kalangan negara maju pada kira-kira 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar – dan merudumkan nilai Sterling.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register