Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4530 ke setinggi $1.4665, sebelum menutup sekitar paras $1.4585; setelah Bank of England tidak melakukan sebarang perubahan dalam jangkaan, kerana kebanyakan pelabur-pelabur menunggu untuk melihat bagaimana perjanjian David Cameron dengan Euro-Zone diterima. Namun, undian untuk kadar berubah kembali kepada 9-0 untuk mengekalkan kadar pada angka sedia ada.

Gabenor Bank of England telah “terlalu agresif” dalam mencadangkan kenaikan kadar, menurut penganalisis terkemuka dunia mengenai pergolakan di pasaran global, memberitahu kepada BBC. Dominic Rossi, ketua pegawai pelaburan global ekuiti di Fidelity, pengurus dana kedua terbesar dunia, berkata bahawa Mark Carney menyebabkan pasaran keliru. Beliau berkata, BoE begitu lemah dalam memahami mengapa inflasi begitu rendah.

telegram-moshed

Dominic juga berkata bahawa kadar tidak mungkin meningkat dalam masa terdekat. Deflasi, katanya, adalah lebih berisiko daripada inflasi. Kenyataan beliau adalah penting kerana Fidelity menguruskan berjuta-juta pelaburan dan pencen rakyat, dan melabur berbilion-bilion Pound di seluruh dunia. Dalam pada itu, penganalisis di Goldman Sachs pula memberi amaran bahawa Sterling boleh jatuh sehingga 20% jika Britain mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Berlatarbelakangkan kegawatan pasaran global dan penurunan berterusan dalam harga minyak – serta komen daripada Gabenor BoE Mark Carney bahawa UK belum cukup kuat untuk kenaikan kadar – trader telah menolak masa kenaikan kadar yang pertama ke penghujung 2017.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register