728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007Pound Dollar merudum lagi Jumaat lalu, jatuh lebih 200 mata untuk memecah sokongan minggu lalu, sekitar 1.5480, dan membuat paras terendah harian, sekitar 1.5325; selepas “manufacturing PMI” UK keluar meleset dari jangkaan, 52.5 berbanding 53.7, malah lebih buruk dari sebelumnya, 53.3  Kejatuhan aktiviti sektor pembuatan ini adalah sejajar dengan GDP UK yang dilaporkan menguncup tempoh hari.

Keadaan ini sudah semestinya menjadikan pasaran gusar untuk menambah pegangan aset dalam Pound Sterling lantaran “interest rate” yang dijangka terus dikekalkan sehingga 2016 bagi menyokong perkembangan ekonomi UK.  Pada masa yang sama, kenaikan “interest rate” AS yang dijangka berlaku April in tambah meningkatkan permintaan untuk Dollar.  Nilai GBP|USD dijangka terus susut sehingga 1.4300 pada tahun ini menurut BNP Paribas.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Amerika Syarikat, dan hanya “constructions PMI” UK yang dijangka meleset dari sebelumnya, 58.5 berbanding 59.4; Pound dilihat bakal terus hilang tarikan untuk ditambah pegangannya.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register