banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar menjunam sekitar 115 pips dari paras tertinggi harian, sekitar 1.5372 Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah, sekitar 1.5252; selepas “services PMI” UK dilaporkan jauh meleset -> 56.7 berbanding 57.6 jangkaan.  Pound Sterling telah menjadi matawang terbaik prestasinya pada bulan lepas, berbanding dengan matawang negara-negara maju G10 yang lain.  Keadaan ini disokong oleh kenyatan Gabenor Mark Carney, tentang kenaikan “interest rate” yang mungkin lebih awal dari jangkaan pasaran.

Walau bagaimanapun, terdapat para penganalisa yang melihat kenyataan Mark Carney itu hanya sebagai retorik sahaja, bagi mengimbangi kadar tukaran Pound dengan Dollar.  Adalah menghairankan apabila pada masa yang sama, presiden Feds Janet Yellen pula mengatakan bahawa Federal Reserve AS tiada sebab untuk tergesa-gesa menaikkan “interest rate”.  Ini sekaligus mengalihkan pasaran modal dari AS ke UK pula.

telegram-moshed

Hari ini Bank of England bakal melaporkan “asset purchased facility” yang dijangka stabil pada 375 bilion Pound, dan “interest rate” yang dijangka kekal pada 0.5%  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 313 ribu kepada 319 ribu pemohon.  Pasaran dijangka ranging sehingga NFP esok.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register