banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-005

Pound Dollar jatuh lebih 80 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5360 sebelum menutup sekitar paras 1.5380; walaupun Indeks PMI Perkhidmatan UK sedikit lebih baik dari jangkaan.  Komen Pengerusi Feds Janet Yellen yang penuh aggresif kepada kongres Amerika semalam, telah menguatkan sentimen kenaikan kadar AS pada Disember ini; sekaligus mengekang Pound.

Sebelum daripada itu, lonjakan dalam kerja-kerja baru di seluruh industri pembinaan UK pada Oktober mengujakan pasaran kewangan dan menghantar Pound ke paras berhampiran 10-minggu tertinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. Kadar tukaran GBP/USD melompat lebih tinggi selepas indeks pengurus pembelian UK ‘bagi sektor pembuatan meningkat kepada 55.5 pada bulan Oktober, paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan dan lebih baik dari jangkaan 51.3 dan 51.8 pada bulan September.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kaji selidik itu menunjukkan tempahan baru untuk eksport meningkat, manakala sektor pekerjaan kekal dalam pertumbuhan untuk ke-30 bulan berturut-turut. Laporan itu meningkatkan spekulasi bahawa Bank of England akan mengetatkan dasar monetari, walaupun kebanyakan ahli ekonomi percaya BoE tidak mungkin berbuat demikian pada mesyuarat kajian semula dasar minggu ini.

“Ia kelihatan semakin mungkin bahawa Bank of England akan perlu mempertimbangkan kenaikan kadar lebih awal,” menurut Boris Schlossberg, Pengarah Urusan strategi FX BK Asset Management di New York. “Namun BoE mungkin memandang ringan dan sudah pasti tidak mungkin untuk mengumumkan sesuatu yang baru pada mesyuarat MPC nanti.” tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register