728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar melonjak lebih 105 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5235 sebelum susut semula dan menutup sekitar paras 1.5175; setelah laporan PMI pembinaan UK yang lebih baik dari jangkaan, menyokong pembelian Pound.  Laporan NFP AS yang meleset dari jangkaan turut membantu kenaikan kadar tukaran GBP/USD ke paras yang lebih tinggi sebelum menyusut semula.

Pada masa yang sama di pasaran Eropah, Sterling mencecah paras tertinggi harian berbanding Euro, selepas kajian yang menunjukkan pertumbuhan dalam sektor pembinaan Britain meningkat pada bulan September, satu petanda yang baik untuk ekonomi UK.  Indeks CIPS/Markit PMI bagi pembinaan meningkat kepada 59.9 pada September daripada 57.3 pada bulan Ogos, paras paling kukuh sejak Februari. Angka itu jauh melebihi ramalan median 57.5 dalam undian Reuters.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sterling juga dibantu oleh data yang dikeluarkan pada hari Khamis, yang menunjukkan prestasi yang lebih baik sedikit daripada jangkaan dalam sektor pembuatan Britain bulan lalu, berbeza dengan bacaan yang lebih lemah dari Amerika Syarikat.  Dollar AS jatuh selepas pengumuman data pekerjaan di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa pertumbuhan pekerjaan AS adalah lebih lemah daripada yang dijangkakan pada bulan lepas.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register