banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-005

Pound Dollar memacu naik lebih 130 pips Jumaat lalu, setelah ‘ranging’ hampir sepanjang minggu lepas, terkesan dari sentimen para pelabur dan pengurus dana yang gusar dengan pilihanraya umum UK Mei ini.  Kadar tukaran GBP|USD dicatat pada paras tertinggi sekitar 1.4945 sebelum menutup pada sekitar 1.4915 dalam dagangan ‘tipis’ lantaran pasaran UK yang bercuti sempena ‘Good Friday’.  Pivot hari ini adalah sekitar 1.4885

Pasaran UK ketika ini terus hangat dengan debat umum, antara Parti Konservatif dan Parti Buruh dan dalam tinjuan suara baru-baru ini; tidak banyak perbezaan sokongan untuk kedua-dua parti.  Parti Konservatif pimpinan David Cameron yang menjanjikan referendum untuk kekal atau keluar dari Euro-Zone pada 2017, sekiranya menang dalam pilihanraya umum ini, tambah menggusarkan pasaran.  BNP Paribas dalam satu nota kepada pelanggannya, mengatakan Pound hanya akan stabil selepas pilihanraya nanti.

telegram-moshed

Dengan ketiadaan data ekonomi dari UK hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk kembali menguasai pasaran semula, terutamanya jika “non-manufacturing PMI” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan 56.5

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register