728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

Pound Dollar jatuh lebih 150 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4120 sebelum melonjak semula untuk menutup lebih tinggi, sekitar paras $1.4160; setelah data PMI perkhidmatan UK meleset dari jangkaan dan Dollar AS mendapat sedikit daya tarikan sebagai matawang ‘safe-haven’. Kebimbangan mengenai ekonomi global, serta prospek meninggalkan Kesatuan Eropah, telah mengekang perkembangan sektor perkhidmatan UK.

Di pasaran UK, kajian The Markit bagi bulan Mac menunjukkan hanya terdapat sedikit pemulihan selepas indeks PMI mencecah paras terendah dalam tempoh tiga tahun pada bulan Februari lalu. Markit berkata UK telah menyaksikan suku yang paling lemah dalam pertumbuhan output selama tiga tahun. Ekonomi UK nampaknya telah perlahan sejak awal tahun ini, ekoran kebimbangan mengenai ekonomi global, pengurangan perbelanjaan kerajaan dan undi untuk keluar dari Kesatuan Eropah, menurut kajian tersebut yang dipantau rapat oleh pasaran semalam.

Data rasmi minggu lalu menunjukkan ekonomi Britain sedikit lebih baik daripada jangkaan pada akhir 2015, tetapi angka Markit semalam yang digunakan ahli ekonomi sebagai panduan kepada angka rasmi masa depan, mencadangkan 2016 mendapat permulaan yang lemah. Digabungkan dengan bacaan sub-par untuk sektor pembuatan dan pembinaan, Markit berkata PMI perkhidmatan juga menunjukkan kepada kejatuhan dalam pertumbuhan ekonomi semasa suku pertama 2016 kepada 0.4%, daripada 0.6% dalam tempoh tiga bulan terakhir 2015.

Ekonomi Britain meningkat 2.3% pada tahun lepas. Peramal kerajaan UK menjangkakan pertumbuhan akan perlahan kepada 2.0% pada tahun ini. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register