banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar terus merudum untuk hari keenam Selasa semalam, lebih 85 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4635 sebelum menutup sekitar paras $1.4670; walaupun data PMI pembinaan UK untuk Disember dilaporkan lebih baik dari jangkaan pada 57.8 mata berbanding 56.1 mata dan 55.3 mata pada bulan November lalu.  Dalam pada itu, pasaran mula menumpukan perhatian kepada Bank of England yang bakal bersidang minggu depan dan semua menjangkakan tiada perubahan dalam kadar.

Persoalan yang timbul ialah, adakah BoE akan mempunyai undi sebulat suara untuk menngekalkan kadar tidak berubah atau seorang ahli masih akan menyokong kenaikan kadar. Angka baru-baru ini dari UK dan beberapa ulasan negatif dari BoE telah menghantar jangkaan kenaikan kadar sehingga kepada tahun 2017. BoE dilihat akan menaikkan kadar selepas Feds, tetapi tanggapan ini pudar beberapa bulan yang lalu apabila komen negatif dari BoE mula kedengaran.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pertumbuhan dalam industri pembinaan Britain meningkat pada Disember lalu, dari paras tujuh bulan terendah pada bulan November, dibantu oleh peningkatan dalam pembinaan bangunan komersial di sebalik pemulihan ekonomi di negara itu, menurut satu kajian yang disiarkan semalam. Kaji selidik itu menambah kepada beberapa tanda-tanda bahawa pertumbuhan ekonomi UK, secara keseluruhannya mungkin mengalami peningkatan pada suku keempat 2015, selepas perlahan dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.

Hari ini UK bakal melaporkan PMI perkhidmatan yang dijangka menurun dari 55.9 mata kepada 55.6 mata, dan AS pula bakal melaporkan data NFP dari ADP yang dijangka menunjukkan penurunan pekerja dari 217 ribu kepada 193 ribu pekerja. Defisit perdagangan AS juga dijangka meningkat dari $43.9 bilion kepada $44 bilion dan PMI perkhidmatan dijangka bertambah baik dari 55.9 mata kepada 56 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register