banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar 1.5270 dan terendah sekitar 1.5215; setelah Bank of England mengekalkan “interest rate” pada 0.5% dan “asset purchase facility” sebanyak 375 bilion Pound.  “Unemployment claims” AS yang dilaporkan meningkat dan sentimen NFP yang bearish juga tidak banyak membantu kenaikan nilai Pound.

Pasaran United Kingdom kini berdepan dengan isu pilihanraya umum May ini, yang mana dikatakan UK sedang memikirkan untuk keluar dari Kesatuan Eropah, sekiranya Parti Konservatif yang memerintah, menang.  Keadaan ekonomi yang mula memulih walaupun masih dibawah inflasi, dilihat membantu Parti Konservatif meraih sokongan pengundi terbanyak.  Pasaran buruh yang semakin baik dilihat bakal menjadi modal kempen.

Hari ini, United Kingdom bakal melaporkan “consumer inflation expectation” yang dilaporkan pada 2.5% sebelumnya.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan NFP yang dijangka berkurang dari 257 ribu kepada 240 ribu, “unemployment rate” yang dijangka mengurang dari 5.7% kepada 5.6% dan defisit belanjawan yang dijangka menyusut dari -$46.56 bilion kepada $41.40 bilion.  Keadaan dilihat memihak kepada Dollar melainkan terdapat kejutan pasaran dari impak NFP.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register