728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.4530 ke serendah $1.4443, sebelum menutup sekitar paras $1.4482; setelah ‘Brexit’ seolah-olah tidak menjadi satu ketakutan bagi trader.  Pada masa yang sama, penduduk bandar London keluar mengundi untuk memilih Datuk Bandar yang baru.

Keputusan undian ini dijangka memberikan petunjuk tentang sentimen pengundi menjelang referendum keahlian UK dalam Kesatuan Eropah dalam masa tujuh minggu. Namun begitu, nasib Parti Buruh mungkin membuat gelombang yang paling cepat. Pilihan raya majlis-majlis tempatan secara amnya digunakan oleh pengundi untuk menghukum kerajaan, kerana itulah selama tiga dekad; parti pembangkang utama sentiasa mendapat kerusi di luar tahun pilihan raya umum.

Menurut Bloomberg, dengan referendum Brexit pada 23 Jun ini, kesedaran pengundi adalah pada paras tertinggi. Dua Profesor Politik di Universiti Plymouth, Colin Rallings dan Michael Thrasher, meramalkan Parti Kemerdekaan akan mendapat 40 kerusi, Parti Buruh akan kehilangan 150 kerusi daripada lebih 2,700 kerusi pilihan raya,

telegram-moshed

Kemenangan yang baik untuk Parti Kemerdekaan boleh mencetuskan kebimbangan semula pasaran terhadap kemungkinan Brexit, menurut penganalisis di Nomura dan Jefferies.  Bank of England berkata baru-baru ini bahawa referendum ‘Brexit’ pada 23 Jun memberati keyakinan pasaran dan pelaburan, dan memberi amaran terhadap kesan yang lebih teruk jika UK keluar dari EU.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register