banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar menjunam lebih 190 pips Khamis semalam, ke paras terendah harian sekitar 1.5205 sebelum menutup sekitar paras yang sama; apabila Bank of England mengekalkan kadar dan menurunkan jangkaan bagi pertumbuhan dan inflasi pada tahun 2015 dan 2016, sekaligus menunjukkan bahawa kadar dijangka kekal rendah untuk lebih lama dalam mesyuarat keputusan kadar MPC semalam.

Minit mesyuarat BoE menyatakan kebanyakan ahli majlis MPC mempercayai tekanan harga asas “tidak cukup kuat untuk mewajarkan” kenaikan kadar dalam masa terdekat. Dalam tinjauan inflasi suku tahunan, BoE berkata pound yang kukuh akan terus menolak naik inflasi dan kesan ini hanya akan berkurangan perlahan-lahan.  Tinjauan itu juga berkata ekoran kejatuhan harga minyak dan komoditi lain baru-baru ini, “inflasi dijangka kekal rendah daripada jangkaan sehingga lewat 2017” dan kembali ke sasaran 2% dalam masa kira-kira dua tahun.

telegram-moshed

telegram-moshed

Bank of England juga berkata, tinjauan yang lebih lemah untuk pertumbuhan ekonomi global merupakan satu risiko kepada ekonomi UK.  Jawatankuasa Dasar Monetari BoE mengundi 8-1 untuk mengekalkan kadar dan tidak membuat sebarang perubahan kepada program pembelian aset sebanyak £375 bilion.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register