728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar yang melonjak lebih 70 pips pada sesi Asia Isnin semalam, jatuh kembali lebih 100 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5135 sebelum menutup sekitar paras 1.5145; setelah laporan PMI perkhidmatan UK mengecewakan pasaran. Laporan PMI Perkhidmatan jatuh kepada 53.3 daripada 55.6. Pedagang telah menjangka bacaan 56.4.   Bacaan akhir pula adalah 55.1, lebih rendah daripada anggaran 55.7 dan 55.6 pada bulan lalu.

Kekuatan awal adalah disebabkan oleh laporan NFP AS yang menurun Jumaat lalu. Menurut Jabatan Buruh AS, pekerja sektor bukan perladangan meningkat hanya sebanyak 142 ribu pada bulan September, jauh lebih rendah daripada 201 ribu yang dijangka oleh penganalisis dan pedagang. Kadar pengangguran kekal pada 5.1% seperti yang diharapkan. Kerajaan juga menyemak semula ke bawah angka pekerjaan Ogos kepada 136 ribu, kira-kira 21% lebih rendah daripada anggaran sebelumnya.

telegram-moshed

telegram-moshed

Khamis nanti, Bank of England bakal bersidang untuk membuat keputusan kadar. Walaupun kebanyakan ahli ekonomi percaya bahawa BoE akan mengekalkan kadar tidak berubah, pada tahap yang terendah dalam sejarah; ada juga yang menyokong untuk kenaikan kadar. Pada bulan September, ahli BoE Kristin Forbes menyebut bahawa British Pound yang kuat boleh, sebenarnya, membantu tekanan inflasi dalam ekonomi British.

Pada masa yang sama, Gabenor BoE Mark Carney berkata minggu lepas dalam satu ucapan bahawa UK perlu bersedia untuk kenaikan kadar ‘lebih awal daripada yang dijangkakan’.  Undi MPC baru-baru ini ialah 8-1 terhadap kenaikan kadar dengan Ian McCafferty sahaja yang menyokong kenaikan kadar. Kali ini, Martin Weale yang mengundi untuk kenaikan lima kali tahun lepas, atau Kristin Forbes boleh mengundi ya untuk kenaikan kadar.

Ini pasti akan membawa kekuatan kembali ke dalam Sterling, dan ia kelihatan seperti kenaikan kadar AS menjelang akhir tahun ini pudar disebabkan oleh data pekerjaan AS yang lemah. Para pedagang kadar Feds AS di pasaran hadapan, sudahpun memfaktorkan kemungkinan kenaikan kadar pada bulan Mac 2016.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register