banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 7 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar yang memacu naik lebih 80 pips sepanjang sesi Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi 1.4980, menjunam lebih 100 pips pada lewat petang New York sebelum menutup pada sekitar 1.4880; sekaligus meletakkan kadar tukaran GBP|USD berada di bawah pivot hari ini pada sekitar 1.4910 ketika artikel ini ditulis.  Pivot mingguan yang baru adalah sekitar 1.4860

Pasaran United Kingdom yang juga masih bercuti ‘Easter’, hanya dipenuhi retorik-retorik pilihanraya tanpa sebarang data ekonomi bagi mempengaruhi nilai Pound.  Selain itu, UK dilihat sebagai negara kedua yang bakal menaikkan “interest rate” selepas Amerika Syarikat, walaupun tiada masa tepat diberikan oleh Bank of England.  Ramai penganalisa menjangkakan suku pertama 2016 sebagai masa terawal untuk kenaikan tersebut.

Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, pasaran dilihat mula menumpukan kepada data-data ekonomi sepanjang minggu dan data berimpak sederhana seperti “services PMI” UK yang dijangkakan meningkat dari 56.7 kepada 57 dan “consumer credit change” AS yang juga dijangka meningkat dari $11.56 bilion kepada $13.5 bilion, pada hari ini.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register