Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun lebih 155 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4005, sebelum memacu naik semula lebih 160 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4170 dan kemudiannya menutup sekitar $1.4123; setelah Pound masih dibelenggu dengan isu ‘Brexit’ dan kelemahan Dollar yang terkesan dari minit mesyuarat FOMC yang ‘dovish’.

Ketiadaan sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari UK semalam, memberikan spekulasi bahawa jualan adalah dari beberapa trader besar yang mahu mengurangkan pegangan mereka dalam Pound, menjelang referendum ‘Brexit’ pada 23 Jun ini.  ScotiaBank dalam laporannya semalam, mengatakan bahawa pengundi Britain besar kemungkinan akan memilih untuk kekal dalam EU dan ini dijangka akan memacu Pound.

Dalam pada itu, di pasaran Amerika Syarikat awal pagi tadi, minit mesyuarat FOMC yang disiarkan gagal membantu sokongan belian untuk Dollar, selepas majoriti ahli majlis mesyuarat FOMC dilihat teguh dalam mempertahankan keputusan untuk mengekalkan kadar yang dinaikkan pada Disember tahun lepas.  Namun demikian, terdapat beberapa ahli majlis yang mahukan kadar dinaikkan pada mesyuarat Mac lalu.

telegram-moshed

Hari ini UK bakal melaporkan indeks harga perumahan Halifax yang dijangka bertambah baik dari -1.4% kepada 0.8% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 276 ribu kepada 271 ribu permohonan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register