banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-005

Pound Dollar terus merudum untuk hari ketujuh Rabu semalam, lebih 75 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4600 sebelum menutup sekitar paras $1.4625; setelah data PMI perkhidmatan UK dilaporkan sedikit meleset dari jangkaan. Markit mencadangkan bahawa pertumbuhan sektor perkhidmatan di UK stabil pada bulan Disember, disokong oleh peningkatan dalam perniagaan baru apabila firma melaporkan kempen pemasaran yang berjaya.

Markit melaporkan bahawa Disember menyaksikan kenaikan kukuh dalam purata harga input dalam sektor perkhidmatan dalam tempoh lima bulan, terutamanya yang berkaitan dengan gaji, tetapi inflasi harga input masih kekal rendah dalam sejarah. Ini sejajar dengan laporan pada Isnin lalu, di mana Markit mengulas bahawa pertumbuhan yang rendah dan tekanan harga yang lemah, boleh menolak sebarang potensi kenaikan kadar BoE lebih lewat daripada tahun ini.  Malah pasaran menjangka kenaikan kadar hanya akan datang seawal suku pertama 2017.

Melihat lebih jauh ke dalam laporan itu, Markit mempunyai ulasan yang menarik. Markit mengatakan bahawa kajian itu menjangka pertumbuhan sebanyak 0.5% pada suku keempat 2015, yang akan membawa KDNK (GDP) meningkat kepada 2.2% untuk tahun 2015. Sektor perkhidmatan telah membantu mengimbangi kelemahan dalam sektor pembuatan baru-baru ini, sekaligus meletakkan ekonomi UK di landasan yang terbaik untuk pertumbuhan sekitar 2.0 – 2.5% pada 2016. Laporan yang sejajar dengan jangkaan pasaran itu, menyebabkan Pound tidak banyak berubah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register