Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 7 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar melonjak lebih 90 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi 1.5630 sebelum menutup sekitar paras 1.5605; setelah pasaran memberikan perhatian kepada referendum Greece pada Ahad. ┬áKeputusan “no” tidak banyak mempengaruhi pasaran matawang kecuali permintaan yang bertambah untuk Dollar dan Yen terkesan dari para pelabur yang mencari keselamatan.

Sebagai tindak balas kepada ecostats British yang positif, Pound diperkukuhkan berbanding matawang lain. Markit Services PMI UK mara di luar jangkaan dengan kenaikan dari 56.5 kepada 57.5, dengan kenaikan angka sebenar kepada 58.5 pada bulan Jun. Di samping itu, Komposit PMI UK dilaporkan pada 57.4 pada bulan Jun; mengatasi konsensus pasaran pada 56.7. Kesan seretan daripada pengeluaran pembuatan yang lemah dibayangi oleh pertumbuhan dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan yang positif.

Hari ini UK bakal melaporkan “manufacturing production” bulanan yang dijangka meningkat dari -0.4% kepada 0.1% dan malam nanti, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “trade balance” yang bertambah buruk dari -$40.9 bilion kepada -$42.5 bilion, menandakan desifit dagangan AS yang dijangka bertambah.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!