Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 7 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar terus memacu naik lebih 135 pips Rabu semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.5150, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.5245; selepas Dolar AS yang lemah membantu Pound daripada kejatuhan yang berterusan. Kerajaan UK yang sedia ada telah mendapat publisiti pada saat akhir sebelum pilihan raya hari ini; selepas berita ekonomi terakhir menunjukkan sektor perkhidmatan UK berkembang pesat, sekaligus mengurangkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi yang mendadak.

Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan, yang menyumbang kira-kira tiga suku daripada ekonomi UK dan termasuk bidang seperti bar, restoran dan pengangkutan, adalah lebih kukuh daripada jangkaan ahli ekonomi, iaitu mencecah paras tertinggi dalam masa lapan bulan. Indeks utama daripada Markit perkhidmatan / CIPS PMI – umumnya mencerminkan aktiviti dalam sektor – meningkat kepada 59.5 pada bulan April, daripada 58.9 pada bulan Mac.

Laporan data pertama bulan ini mengenai sektor pembuatan, mengesahkan trend di seluruh dunia – pertumbuhan ekonomi yang perlahan. UK mendapat bacaan 51.9 berbanding 54 jangkaan dan kelembapan ini berlaku walaupun harga minyak jatuh rendah dan jumlah dana yang terbesar dalam sejarah telah disuntik ke dalam sistem kewangan oleh bank-bank pusat global.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register