banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 7 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar terus merudum lebih 105 pips Jumaat lalu, untuk 9 hari berturut-turut dan mencapai paras terendah harian sekitar paras 1.5165, sebelum menutup sekitar paras 1.5170; setelah deretan data ekonomi UK yang mengecewakan, sekaligus menolak sentimen kenaikan kadar UK terus kebelakang, lebih lewat dari apa yang diharapkan pasaran.

Sterling telah jatuh 1.9% berbanding sekumpulan 10 mata wang negara maju yang dipantau oleh Bloomberg pada bulan lalu, setelah naik 5.8% pada separuh pertama tahun ini sebagai matawang terbaik selepas franc Switzerland.  Pacuan yang didorong oleh sentimen kenaikan kadar oleh BoE seawal hujung tahun ini, tidak bertahan lama setelah pasaran global merudum apabila China menyusutkan nilai matawangnya.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, deretan data ekonomi UK yang terus mengecewakan; menyebabkan pasaran hilang keyakinan bahawa BoE akan menaikkan kadar dalam masa terdekat.  Mesyuarat Majlis MPC BoE pada Khamis ini bakal menjadi tumpuan, setelah undian bertukar dari 0-0-9 kepada 1-0-8 buat pertama kalinya sejak 2008. Seorang ahli menyokong kenaikan kadar berbanding sifar pada sebelumnya, walaupun pasaran menjangkakan dua sokongan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register