GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Dec 2014

0 1

Carney and UK Bank of England

Keputusan Bank of England untuk mengekalkan interest rate pada 0.5% dan “Asset Purchase Facility” pada 375 Billion Pound Khamis lalu menjana sedikit permintaan untuk Pound sebelum jatuh ke paras terendah untuk tahun ini sekitar 1.5570 apabila data NFP Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan pada Jumaat.

Sebelum itu juga, pasaran untuk Pound telah melemah pada sesi pembukaan London apabila data inflasi United Kingdom menunjukkan penurunan sebanyak 0.3% walaupun Menteri Kewangan Osborne dalam kenyataan Musim Luruhnya pada Rabu menjangkakan keadaan ekonomi yang lebih baik untuk Britain pada tahun depan dengan menawarkan pemotongan cukai.

Dengan ketiadaan data berimpak tinggi hari ini untuk kedua-dua kuasa ekonomi, pasaran dijangka didagangkan dalam suasana “ranging”.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://moshed.com/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa