728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar susut lebih 65 pips sepanjang tiga sesi dagangan Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5045 sebelum menutup sekitar paras 1.5055; setelah pasaran memantau komen dari Federal Reserve AS dan bersedia untuk keputusan dasar kewangan Bank of England yang dilihat sebagai pemangkin untuk turun naik Pound British selanjutnya.  Khamis ini akan menjadi penentu kepada sentimen pasaran terhadap Sterling, apabila majlis MPC Bank of England akan mengundi untuk keputusan kadar UK.

Bank of England secara meluas dijangka akan mengekalkan kadar dan langkah-langkah pelonggaran kuantitatif pada mesyuarat 10 Disember ini, dan BoE selalunya tidak menyiarkan ulasan selepas keputusan tersebut. Persoalan utama adalah mudah: adakah langkah BoE seterusnya adalah menaikkan kadar dan, jika demikian, bila? Satu keputusan yang mengejutkan dari mesyuarat kadar Bank Pusat Eropah minggu lalu, didapati mempunyai kesan mengejutkan yang sama terhadap jangkaan kadar BoE.

telegram-moshed

Minggu lalu, apabila ECB gagal untuk mengurangkan kadar sebanyak yang telah difaktorkan oleh trader; kadar pulangan bon Euro-Zone melonjak tiba-tiba dan telah membantu kadar nota 2 tahun Kerajaan UK untuk mencapai kenaikan terbesar dalam masa sehari sejak lebih dua bulan lalu. Pada masa yang sama, dengan ketaranya pasaran niaga hadapan kadar GBP sekarang, meramalkan bahawa BoE akan menaikkan kadar sebulan lebih awal daripada yang dijangkakan oleh pasaran sebelum ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register