728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar susut lebih 135 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar  $1.4450 sebelum menutup sekitar paras $1.4500; setelah Gabenor Mark Carney memberi komen bahawa beliau akan menggunakan segal strategi yang ada untuk melemahkan matawang Britain, bagi menjana pemulihan aktiviti ekonomi yang diharapkan.  Pada masa yang sama, laporan sektor pekerjaan AS yang baik juga, telah membantu sokongan belian untuk Dollar, sekaligus merendahkan kadar tukaran GBP/USD.

Di pasaran UK, Pound susut daripada paras tertinggi dalam sebulan berbanding Dollar, apabila satu tinjauan menunjukkan bahawa mereka yang berkempen untuk Britain meninggalkan Kesatuan Eropah, kini telah mendahului dengan 9 mata, sekaligus mencetuskan kebimbangan baru di kalangan pelabur. Kajian YouGov, yang diambil dalam tempoh dua hari selepas Perdana Menteri David Cameron membentangkan cadangan perubahan untuk hubungan Britain dengan EU, kini mewakili kempen ‘keluar’ yang terbesar, semenjak kata-kata dalam referendum dipersetujui pada September lalu.

Bancian menunjukkan 45% daripada rakyat Britain akan mengundi untuk meninggalkan Euro-Zone berbanding dengan 36% yang mahu kekal. 19% pula berkata bahawa mereka tidak tahu atau tidak akan mengundi. Pasaran dan spekulator menjangka bahawa referendum ini mungkin akan diadakan pada bulan Jun ini. Dalam pada itu, Bank Pelaburan Goldman Sachs berkata bahawa Sterling boleh jatuh sebanyak 15 – 20% jika Britain mengundi untuk meninggalkan EU. Ini adalah kerana pelabur asing boleh menarik keluar aliran masuk modal yang diperlukan untuk membiayai defisit akaun semasa UK.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register