Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar terus merudum Rabu semalam, jatuh hampir 80 mata sepanjang sesi dagangan London, ke paras terendah 1.5075 apabila Dollar terus mendapat permintaan lantaran Amerika Syarikat melaporkan jumlah pekerjaan yang meningkat lebih baik dari jangkaan, 241 ribu berbanding 225 ribu, dan defisit belanjawan yang mengurang lebih baik dari jangkaan, -$39 bilion berbanding -$42 bilion.  Sentimen Pound yang sudah sememangnya “bearish”, menjadikan para pedagang tidak teragak-agak untuk “sell-on-rally”.

Bancian “purchasing managers index” UK dari sektor perkhidmatan, menunjukkan kejatuhan paling buruk dalam tempoh 3 tahun, pada December lalu.  Sektor perkilangan serta pembinaan pula, yang jatuh ke paras terendah dalam masa 19 bulan; menyebabkan Pound Sterling susut nilai lebih 3% pada bulan lepas.

telegram-moshed

Dalam satu minit mesyuarat rahsia The Court, badan kawal selia BoE, antara tahun 2007 ke 2009; sebulan sebelum krisis kewangan 2008, ianya dilaporkan tidak peka dengan krisis yang bakal berlaku, walaupun masalah kecairan telah dikenal pasti sebagai kronik pada July 2007.  Tiada tindakan susulan diambil walaupun bank-bank bermasalah telah dikenalpasti dan dikodkan dengan nama rahsia.

Hari ini, Bank of England bakal melaporkan minit mesyuaratnya dan “interest rate” dijangka kekal pada 0.5% serta pembelian aset yang juga kekal pada 375 bilion Pound.  Pada masa yang sama, Amerika Syarikat bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka mengurang dari 298 ribu kepada 290 ribu.  Pasaran dijangka “ranging” walaupun para pedagang dilihat bakal terus “sell-on-rally”.

Buka akaun demo di One Financial Markets, anda berpeluang memenangi satu akaun trading TANPA RUGI – Info Lanjut Klik Sini

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register