banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Mac 2016

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Mac 2016

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4135 ke setinggi $1.4285, sebelum menutup sekitar paras $1.4260; setelah ketiadaan sebarang laporan berimpak tinggi dari UK mahupun AS semalam.  Pasaran terus mencerna laporan NFP yang bercampur-campur dan kesan referendum ‘Brexit’ yang akan diadakan pada 23 Jun ini ke atas ekonomi UK.

Di pasaran UK, kemunculan beberapa tokoh politik penting pada kempen ‘pro-Brexit’ telah memberikan lebih kredibiliti kepada kem anti-EU. Pungutan suara mencadangkan sentimen yang tidak menentu dan bilangan pengundi yang tinggi masih belum membuat keputusan. Ketidakpastian akan memanjangkan tempoh dasar kadar rendah Bank of England dan pelabur mahukan penjelasan mengenai kedudukan UK dalam Kesatuan Eropah sebelum menyokong Pound semula.

telegram-moshed

Sterling telah meningkat 2.5% berbanding Dollar pada minggu lepas, apabila pelabur mengurangkan penjualan selepas pelancaran rasmi kempen referendum Britain dalam Kesatuan Eropah. Walaupun ekonomi Britain terus mengatasi banyak negara-negara Eropah lain, pelabur amat yakin dan percaya ia masih belum cukup kuat untuk menjustifikasikan kenaikan kadar dalam masa terdekat.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register