728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-015

Pound Dollar terus memacu naik untuk hari kedua, lebih 115 pips Rabu semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5340 sebelum menutup sekitar paras 1.5315; setelah data pengeluaran perindustrian UK meningkat lebih daripada ramalan ahli ekonomi pada bulan Ogos, dirangsang oleh pengeluaran gas dan merupakan bulan terbaik untuk peralatan pengangkutan sejak 2011.

Jumlah pengeluaran meningkat 1% daripada bulan Julai, apabila ia merosot 0.3%, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK di London semalam. Peningkatan sebanyak 0.3% dijangka oleh ahli ekonomi dalam kaji selidik Bloomberg. Pembuatan mendapat kenaikan 0.5% selepas penurunan 0.7% pada bulan sebelumnya.  Bacaan  ini datang sehari sebelum Bank of England mengeluarkan keputusan kadar.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pengilang, yang mencakupi sebahagian besar daripada sektor pengeluaran perindustrian UK, telah berjuang menentang permintaan yang lembap dari pasaran eksport utama, seperti Euro-Zone; di tengah-tengah latar belakang pertumbuhan ekonomi yang lemah dan pound yang kuat, yang membuat barang-barang mereka kurang berdaya saing dalam pasaran asing.

Dengan tinjauan baru-baru ini, para penganalisis mencadangkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di China dan pasaran negara membangun telah mula memberi kesan kepada pesanan bagi syarikat British; maka pembuat dasar BoE hari ini dijangka mengekalkan kos pinjaman pada kadar sedia ada – yang terendah dalam sejarah kewangan Britain.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register