banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar melonjak lebih 115 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5290 sebelum menutup sekitar paras 1.5270; setelah komen Bank of England menunjukkan bahawa peningkatan kadar masih lagi dalam pertimbangan.

Dalam pada itu, kumpulan lobi pembuatan utama Britain telah menurunkan separuh unjuran mereka bagi pertumbuhan tahun ini, selepas pesanan dari luar UK jatuh ke paras paling rendah sejak krisis kewangan; manakala agensi pekerjaan berkata kekurangan kemahiran telah membawa kepada gaji yang lebih tinggi tetapi pertumbuhan pasaran kerja yang lebih perlahan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pembuatan British berkembang 3.1% tahun lepas, prestasi terbaik sejak tahun 2010; tetapi organisasi pengeluar EEF berkata bahawa ia menjangka pertumbuhan akan perlahan tahun ini kepada hanya 0.7%, turun daripada unjuran awal sebanyak 1.5%. “Walaupun data UK terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, sektor pembuatan UK terpaksa berdepan dengan roller coaster risiko dari seluruh dunia.” menurut ketua ekonomi EEF Lee Holey.

Ketidakpastian mengenai skala kelembapan ekonomi di China, telah menyebabkan pasaran sahamnya merudum dalam beberapa minggu kebelakangan ini, disamping Amerika Syarikat dan China yang telah melaporkan aktiviti pembuatan yang paling perlahan dalam tempoh lebih dua tahun.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register