banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar yang memacu naik lebih 160 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi, sekitar 1.4970, menyusut semula sekitar 60 pips pada petang New York dan menutup pada paras 1.4865 ; sekaligus meletakkan kadar tukaran GBP|USD untuk berada di bawah pivot hari ini sekitar 1.4880

Di pasaran United Kingdom, sektor perkhidmatan dilaporkan bertambah rancak dengan pertambahan aktiviti dilihat berpotensi untuk mempengaruhi kenaikan “interest rate”; walau bagaimanapun, inflasi yang masih dibawah sasaran tidak memungkinkan kenaikan pada tahun ini, melainkan peningkatan besar dapat dilihat pada gaji pekerja, menurut Chris Williamson dari Markit.

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan “asset purchase facility” yang dijangka kekal pada 375 bilion Pound dan “interest rate” yang juga kekal pada 0.5%; dan malam nanti Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 268 ribu kepada 285 ribu pemohon.  Keadaan ini dilihat memihak kepada Pound, walaupun ianya dilihat bersifat sementara.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register