Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar terus merudum untuk hari ketiga Isnin semalam, lebih 190 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4350, sebelum menutup sekitar paras $1.4430; setelah Brexit menjadi tajuk utama di UK.  Sterling diniagakan di bawah paras tertinggi dalam sebulan semalam, kerana ketidakpastian tentang kedudukan Britain dalam Kesatuan Eropah dan prospek kenaikan kadar yang semakin suram menyebabkan pelabur berhati-hati.

Sterling kembali merudum selepas Gabenor Bank of England Mark Carney mematahkan spekulasi bahawa kadar boleh diturunkan pada bulan-bulan yang akan datang, dengan pasaran saham yang lebih rendah juga memberati sentimen.  Masih terdapat kebimbangan mengenai momentum ekonomi yang semakin perlahan di United Kingdom, manakala ketidaktentuan yang berterusan sama ada referendum Brexit akan diadakan untuk mengundi keahlian UK dalam EU, akan terus menghantui pelabur.

telegram-moshed

telegram-moshed

Para trader menjangka ketidakpastian yang berpunca daripada referendum, akan menyebabkan Pound didagangkan dalam suasana tidak menentu pada bulan-bulan akan datang, dan mungkin memaksa BoE untuk mengekalkan kadar yang rendah untuk lebih lama. Kebanyakan ahli ekonomi berpendapat Brexit akan menjejaskan pertumbuhan dalam jangka pendek – Citi meramalkan kejatuhan 4% dalam tempoh tiga tahun.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register