banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003Pound Dollar yang telah merudum lebih 250 mata sejak Isnin lalu, untuk mencapai paras terendah Khamis semalam sekitar 1.5035, menstabil semula pada sesi pagi dagangan London, apabila Bank of England mengekalkan “interest rate” pada 0.5% dan “asset purchase facility” pada 375 bilion Pound.  Peningkatan “unemployment claims” Amerika Syarikat juga sedikit membantu kenaikan nilai tukaran GBP|USD, walaupun ianya dilihat bersifat sementara.

GDP tahunan United Kingdom yang menunjukkan penguncupan dari 3.2% kepada 2.6% baru-baru ini, serta inflasi tahunan yang semakin mengurang dari 1.3% kepada 1.0%; menunjukkan tanda-tanda ekonomi UK yang terkesan dari pelbagai masalah ekonomi di Euro-Zone.  Spekulasi pasaran yang menjangka kenaikan “Interest rate” UK tahun lepas, terus dikecewakan apabila BoE dilihat bakal mengekalkan “interest rate” sehingga 2016.  Keadaan sebaliknya yang berlaku di Amerika Syarikat, terus mendorong kejatuhan nilai tukaran GBP|USD.

Hari ini, data “manufacturing production” dan “trade balance” UK yang dijangka lebih baik, bakal berdepan dengan data berimpak tinggi NFP dan “unemployment rate” dari AS.  Walaupun data NFP dijangka mengurang dari 321 ribu kepada 240 ribu, dan “unemployment rate” dijangka stabil pada 5.7%; sebarang peningkatan nilai GBP|USD, dilihat sebagai peluang untuk terus menjual Pound.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register