728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound menerima nasib yang sama seperti Euro, apabila menjunam lebih 200 pips selepas data NFP dan “unemployment” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan pada Jumaat lalu.  Kadar tukaran GBP|USD sedang menghampiri paras terendah bulan lepas sekitar 1.4988 dan uptrend di carta mingguan hanya akan dibatalkan pada 1.4985

Ketika ini pasaran United Kingdom sedang bersedia dengan kemungkinan kerajaan UK yang berubah, apabila para penganalisa melihat adalah sukar untuk mana-mana parti mendapat undi majority pada pilihanraya Mei ini.  Ketua Jabatan Ekonomi Eropah dari Citibank, Michael Saunders mengatakan dalam satu majlis baru-baru ini, bahawa siapa pun yang bakal menerajui parlimen UK selepas pilihanraya nanti, risiko polisi belanjawan UK menjadi suatu yang merisaukan pasaran adalah kecil.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua Negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register