Share This Post

Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar terus merudum untuk hari ketiga, lebih 190 pips Jumaat lalu untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5025 sebelum menutup sekitar paras 1.5045; setelah laporan pekerjaan sektor bukan perladangan AS melompat lebih tinggi berbanding jangkaan. Indeks Dollar didagangkan melebihi 99 dan terus memacu kerana sentimen Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada bulan Disember ini semakin kuat.

Di pasaran UK, Bank of England membekukan kadar pada 0.5% dengan Ian McCafferty satu-satunya dari sembilan orang ahli majlis MPC yang mengundi untuk kenaikan kadar. Beliau berkata inflasi yang kini berjalan pada -0.1%, akan kembali ke sasaran 2% ‘dalam sekitar dua tahun’ jika kadar meningkat seperti yang dijangkakan pasaran.  Ramalan BoE menyokong pandangan bahawa kadar akan kekal rendah sepanjang tahun depan dan mungkin meningkat kepada 0.75% pada awal 2017.

Gabenor Mark Carney berkata, BoE tidak akan mempertimbangkan untuk mengetatkan program pelonggaran kuantitatif sebanyak £375 bilion sebulan sehinggalah kadar mencecah 2% – sesuatu yang tidak dijangka sehinggalah akhir dekad ini.  Kali terakhir kadar UK meningkat adalah pada Julai 2007, daripada 5.5% kepada 5.75% peratus; sebelum jatuh dalam krisis kewangan, mencapai paras terendah iaitu 0.5% pada Mac 2009.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!