Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar turun naik bercampur-campur Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.5260 ke setinggi 1.5370 sebelum menutup sekitar paras 1.5345, lebih tinggi dari pembukaan 1.5315; setelah jawatankuasa MPC Bank of England mengekalkan kadar dan dasar dalam mesyuarat MPC semalam.  Pasaran paling mengambil berat dengan corak pengundian dalam jawatankuasa MPC dan retorik yang ditunjukkan dalam dokumen polisi minit mesyuarat yang dikeluarkan semalam, dimana undian kekal dengan 8 mengundi tidak dan 1 undian ya untuk kenaikan kadar.

Di pasaran UK, aliran berita juga semakin bertambah baik berbanding dengan ramalan konsensus sejak mesyuarat September lalu. Pada masa yang sama, jangkaan inflasi dan jangkaan pertumbuhan GDP 2015-16 terus mengukuh.  Ini bermakna komen negatif dalam kenyataan dasar adalah agak tidak mungkin; walaupun kekalutan pasaran kewangan baru-baru ini, menyebabkan para pedagang membuat spekulasi terhadap ransangan tambahan.

Pound mula memacu pada Selasa selepas penyiaran data yang positif. Pound melonjak apabila “pengeluaran industri UK meningkat tiga kali lebih daripada jangkaan bulan Ogos, sekaligus memberikan satu nafas baru selepas turutan data yang mengecewakan kebelakangan ini,” menurut Kathy Lien daripada BK Asset Management.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!