GBP/USD Memecut Naik 100 Pips Pada Pasaran Eropah Hari Ini

0 10

Jam 4.30 petang tadi, laporan rasmi data jualan runcit UK pada bulan Ogos melonjak naik lebih daripada jangkaan, menigkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi UK.

Jabatan Statistik Negera UK melaporkan kenaikan jualan runcit bulan ke bulan (m/m) sebanyak 1.0% pada Ogos berbanding kenaikan 0.6% pada bulan lalu selepas data lepas di kaji semula, naik 0.3%. Laporan ini juga lebih daripada jangkaan penganalsis yang hanya menjangkakan kenaikan 0.2% sahaja.

Pada unjuran tahun ke tahun, jualan runcit kekal meningkat kepada 2.4% bulan lepas, yang mana turut melepasi jangkaan pertumbuhan 1.1% selain lebih mengukuh berbanding data bulan Julai, 1.4%. (naik 0.1% selepas di kaji semula)

Jualan runcit teras tahun ke tahun (YoY) yang tidak termasuk jualan kenderaan dan petrol juga naik 2.8% pada bulan Ogos, berbanding peningkatan 1.7% pada bulan sebelumnya (naik 0.2% selepas di kaji semula). Laporan rasmi ini juga diluar jangkaan penganalsis yang meletakkan kenaikan sebanyak 1.4%.

Data kaji semula serta data rasmi jualan runcit  bagi bulan Ogos yang naik mendadak diluar jangkaan terus menolak pasangan matawang GBP/USD 100 pips ke atas, menghampiri paras resistance yang signifikan 1.3605. Sterling di dagangkan pada 1.3606 berbanding dolar selepas data dikeluarkan, naik daripada paras 1.3513.

EUR/GBP juga susut ke paras 0.8828 daripada 0.8873 dan GBP/JPY didagang pada 151.48 berbanding 150.65, paras sebelum bacaan dikeluarkan.

Sementara itu, pasaran saham Eropah masih bercampur menjelang pengumuman polisi montari Federal Reserve awal pagi esok. Indeks London FTSE 100 susut 0.33%, Euro Stoxx 50 kekal, CAC 40 Perancis naik 0.10% dan DAX Jerman naik sedikit 0.02%.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa