banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

GBPUSD Meroket 185 Pip dalam Masa 1 Minit. Kesan “Fat Finger”?

GBPUSD Meroket 185 Pip dalam Masa 1 Minit. Kesan “Fat Finger”?

Sedang ramai trader Australian Dollar menunggu keputusan Rate dari RBA, lebih kurang 10 minit sebelum itu, GBP/USD tiba-tiba melonjak dari paras 1.4480 ke 1.4660, 180 pip dalam hanya kurang 1 minit.

Rujuk candle Time Frame 1 minit di bawah.

100-1

telegram-moshed

Tiada isu yang jelas berkaitan lonjakan GBP ini kecuali ada satu rumors yang ia adalah berkaitan ucapan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang mengatakan mereka menyokong untuk UK kekal dalam EU pada isu referendum (brexit) kali ini. Ini kerana pelaburan Jepun dalam UK adalah sebanyak 59 billion akan terjejas jika UK keluar dari EU.

Sebab-sebab lain yang mengulas lonjakan tersebut secara nyata, buat masa ini belum dapat dikenal pasti.

Terdapat laporan dimana macam yang saya ulas semalam(rujuk sini), spekulator berlegar-legar dipasaran Pound untuk memakan trader-trader kecil. Ia dipastikan lagi kerana ada rumors yang mengatakan “Fat Finger”(spekulator) masuk dan keluar untuk trigger SELL trader kecil, sebelum “dump” GBP/USD dengan cara yang sangat clean.(ambil untung sebaiknya)

Buy Order trigger dalam liquidity yang amat sedikit. Boom! Terus meroket!

Dalam menghadapi isu “Brexit” trader diingatkan supaya berhati-hati dan jaga setiap aspek dari segi Money Management dan sebagainya.

Saya akan update jika terdapat penjelasan lebih kenapa GU naik secara tiba2 seperti tadi.

Nota: Posisi saya BUY GBPUSD awal pagi tadi membuahkan hasil. (rujuk gambar) Saya entry menggunakan Teknik Magic Line seperti yang saya ceritakan di dalam Buku MoshedFX’s Ultimate Trader Mastery. Rezeki Ramadhan.

nobrexit100

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register