Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

George Osborne akhirnya muncul bersuara setelah menghilang. Siapa dia?

George Osborne akhirnya muncul bersuara setelah menghilang. Siapa dia?

 

George Osborne adalah orang kedua terpenting selepas Perdana Menteri Cameron kerana Osborne memegang jawatan sebagai Chancellor of the Exchequer atau nama yang lebih mudah untuk difahami dikalangan rakyat Malaysia, Menteri Kewangan.

Sebelum undian Brexit, Osborne sebagai salah seorang penyokong Bremain telah memberi amaran jika UK memilih untuk ‘Leave’, Britain akan mengalami kegawatan ekonomi dan kehilangan beratus ribu kerja. Malah dia juga akan terpaksa membuat ‘Emergency Budget’ dengan memotong perbelanjaan serta kenaikan cukai!

Selepas keputusan Brexit keluar dan Perdana Menteri Cameron memutuskan untuk meletak jawatan. Orang mula tertunggu-tunggu kenyataan dari Osborne pula kerana adakah dia akan mengotakan janji dia sebelum referendum?

Osborne

Setelah 3 hari keputusan Brexit, barulah Osborne muncul untuk membuat kenyataan berikut:

  1. Rupa-rupanya Treasury (Perbendaharaan), Bank of England dan Financial Conduct Authority sudah berbulan-bulan merancang plan kecemasan untuk Brexit. Mereka telah berhubung dengan Central Bank Govenors, IMF, US Treasury dan CEO-CEO besar untuk memantau sebarang perkembangan. Fuhh….
  1. Osborne telah meyakinkan bahawa UK hanya akan memulakan Artikel 50 apabila mereka lebih jelas akan hubungan dengan eropah, ekonomi UK telah dinilai sebaiknya dan tugas ini akan dilakukan oleh Perdana Menteri yang baharu nanti. Maknanya, penceraian dengan EU akan mengambil masa juga!
  1. Sekali lagi Osborne juga meningatkan bahawa UK bukan berpaling tadah sebaliknya menegaskan tidak akan ada perubahan berkaitan kebebasan berdagang samada dengan EU ataupun dunia.

Kemunculan Osborne setelah 3 hari telah memberi sedikit keyakinan apabila sterling naik sebanyak 0.5% (1.3472) dari 2% kejatuhan terhadap dollar melalui overnight trading.

Berita baik ini hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan Banking Stocks yang dijangkakan akan menjunam dengan dasyat. Ini adalah akibat dari penganalisa yang memotong ratings sektor perbankan. Antara puncanya adalah risiko politik yang meningkat akan menghadkan skop untuk kos ekuiti yang lebih rendah serta menjangkakan earning per share risk cenderung ke bawah akibat keputusan referendum.

UK 10-year gilt yields pertama kali jatuh dibawah 1%. Kebiasaanya, UK Government Bonds dianggap sebagai safe haven dan efek Brexit membantu Government Borrowing ke paras rendah yang baru.

Seperti sedia maklum, Osborne adalah antara yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri seterusnya kerana pemegang jawatan Chancellor of the Exchequer selalunya akan naik pangkat kepada Perdana Menteri. Maka, kita tunggu dan lihat adakah dia akan memainkan peranan aktif ataupun membiarkan orang lain untuk melayan penangan Brexit kepada ekonomi UK di akan datang.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register