GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2014

0 4

analisa-emas

Emas menyusut lebih $20 hari ini untuk didagangkan sekitar $1156.70 ketika pembukaan pasaran Eropah dengan kejatuhan harga minyak mentah yang bakal menyekat kenaikan inflasi, adalah antara sebab untuk pelabur menambah pemilikan dalam emas.

Kejatuhan teruk ini, hampir ke paras terendah tahun 2014 adalah kesan penolakan terhadap Referendum Swiss Gold Initiative pada Ahad semalam disamping pengaliran keluar dana dari bullion ETF terkemuka seperti SPDR Gold Trust yang merupakan ETF emas terbesar dunia dengan pegangan sebanyak 718.82 tan seperti dalam laporan tebaru dalam laman webnya.

Kejatuhan harga minyak juga meyebabkan emas hilang daya tarikan sebagai penambat inflasi yang menyebabkan kejatuhan harga ke paras lebih rendah dari kos pengeluaran emas sekitar $1200.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa