728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-001

Harga emas melonjak lebih $16.35/oz Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,069.75/oz sebelum menutup sekitar paras $1,064.35/oz; setelah para pelabur mengambil untung jualan bagi menutup buku dagangan bulan November.  Pada masa yang sama, kaunter emas disokong lebih awal, ekoran permintaan yang kukuh untuk syiling emas di Amerika Syarikat dan pembelian pada harga murah.

Ketegangan geopolitik juga meningkat selepas Turki menembak jatuh pesawat serangan darat Tentera Russia, sekaligus menambah satu lagi lapisan kebimbangan di sebuah rantau yang sudah pun bergelut dengan gelombang serangan pengganas. Walau bagaimanapun, Dollar AS telah naik mendadak, apabila ECB dijangka mengambil jalan keluar dengan pelonggaran monetari dalam masa terdekat.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran niaga hadapan COMEX, emas gagal mengekalkan pacuan lemah di atas paras $1,070/oz, sebelum jatuh di bawah paras $1,060/oz dalam dagangan nipis berikutan cuti “Thanksgiving” di Amerika Syarikat dan Kanada. Emas terus mengalami kerugian semalam, jatuh ke tahap yang paling rendah dalam masa hampir enam tahun, dan telah bersedia untuk mencatatkan kejatuhan yang paling teruk dalam masa 2½ tahun, ekoran prospek kenaikan kadar AS pada tahun ini.

Pelabur percaya permintaan untuk emas, sebagai aset yang tiada kadar pulangan tetap, akan lemah berterusan apabila kadar AS meningkat lebih tinggi dan memacu nilai Dollar.  Aset SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berasaskan emas terbesar dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak September 2008 pada Jumaat lalu. Kekukuhan Dollar AS juga akan mengekang sebarang kenaikan harga emas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register