728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Feb 2016

trade-forex-malaysia-gold

Emas berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1,108.25/oz ke setinggi $1,118.45/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,117.50; setelah harga minyak pulih dan para trader berpindah semula kepada dagangan berisiko. Penganalisis menjangkakan beberapa lagi pergerakan harga positif, sebelum emas kembali kepada trend menurun. Emas melonjak ke paras tertinggi dalam masa 12 minggu sekitar $ 1,127.80/oz awal pagi Khamis lepas, selepas Feds AS mengekalkan kadar dan berkata ia sedang “memantau” perkembangan ekonomi dan kewangan global, sambil mengekalkan pandangan yang optimistik terhadap ekonomi AS.

Emas melompat jauh lebih tinggi dalam semalaman, jadi kita melihat beberapa ‘sell-on-rally’ sekarang,” menurut penganalisis Mitsubishi, Jonathan Butler. “Pasaran mendapat bidaan ke arah paras $1,130 dan ada beberapa resistance teknikal yang agak ketara, sebaik sahaja harga mencapai paras $1,136.”, tambah beliau lagi. Ancaman kenaikan kadar AS adalah kunci faktor pendorong untuk emas turun 10% pada tahun lepas, tetapi sentimen kenaikan kadar telah ditolak semula kebelakang, ekoran pasaran kewangan yang dilanda gelombang turun naik; sekaligus telah membantu emas meningkat harga lebih 5% pada Januari lepas.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Jika sentimen pelabur merosot, aset yang memberikan pulangan lebih rendah mendapat permintaan, dan emas menjadi salah satu daripadanya,” menurut ABN Amro dalam laporannya kepada pelanggan. Kadar yang lebih tinggi mengangkat kos memegang emas yang tidak membayar kadar, manakala meningkatkan nilai Dollar, di mana ia di sebutharga. Walaupun emas secara tradisinya dilihat sebagai pelindung nilai terhadap inflasi yang dibawa oleh minyak, perbezaan antara kedua-dua aset tersebut mencadangkan faktor ini telah digantikan oleh kebimbangan pelabur mengenai implikasi kegawatan global dan kenaikan kadar dari Feds AS.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register