728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Harga emas terus ranging untuk 3 hari berturut-turut Jumaat lalu, dengan pergerakan tidak sampai $10/oz, dari paras tertinggi harian sekitar $1,194.05 ke serendah $1,185.75 sebelum menutup sekitar paras $1,190.15; setelah permintaan untuk emas lemah minggu lalu, dengan premium di pusat-pusat perdagangan utama gagal melihat sebarang bidaan naik, walaupun harga logam itu jatuh kepada paras 2 1/2 minggu terendah.

Dikatakan kekuatan Dollar dan tarikan pasaran ekuiti telah menghindarkan pelabur dari pasaran komoditi. Emas telah berlegar di atas paras 2 1/2 minggu terendah pada Jumaat, apabila Dolar mula mengalami kejatuhan ekoram aktiviti pengambilan untung baru-baru ini; tetapi logam berharga itu masih menuju penurunan mingguan kedua berturut-turut terkesan dari prospek “interest rate” AS yang lebih tinggi.

telegram-moshed

Dollar telah mendapat bidaan yang baik sejak Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen berkata minggu sebelumnya, bahawa bank pusat AS telah bersedia untuk menaikkan “interest rate” pada akhir tahun ini. Data ekonomi pada Khamis juga mencadangkan perkara yang sama. Kontrak untuk membeli rumah-rumah AS yang dimiliki sebelum ini, meningkat untuk bulan keempat berturut-turut pada April hingga mencapai paras 9 tahun tertinggi; sekaligus meningkatkan prospek bagi pasaran perumahan AS.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register