728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

Harga emas melonjak semula Isnin semalam, naik lebih $24.85/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,241.15/oz sebelum menutup sekitar paras $1,238.25/oz; selepas pasaran ekuiti China tepu pagi semalam. Langkah mengejut People Bank of China (PBoC) untuk mengawal pasaran dan nilai matawang mereka tidak banyak membantu menenangkan trader.

Kegawatan di seluruh pasaran ekuiti dan mata wang global telah mencetuskan permintaan untuk ‘safe-haven’. Saham SPDR Gold, dana dagangan bursa (ETF) emas terbesar dunia, menarik $4.5 bilion pelaburan baru pada 2016, yang terbanyak di kalangan semua ETF yang tersenarai di AS, menurut data Bloomberg baru-baru ini.

telegram-moshed

Kenaikan lebih 16% pada tahun ini telah menjadikan ia aset utama terbaik pada 2016 apabila kegawatan seluruh pasaran ekuiti dan matawang global mendorong spekulasi bahawa Federal Reserve AS akan menahan kenaikan kadar. “Aliran masuk ETF dan ‘safe-haven’ memegang harga emas agak kuat,” menurut Gnanasekar Thiagarajan, pengarah Commtrendz Risk Management Services yang berpangkalan di Mumbai.

telegram-moshed

Pegangan ETF emas meningkat 3.9 tan metrik kepada 1,682.6 tan metrik pada Jumaat lalu – paras tertinggi sejak Oktober 2014, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg; sekaligus menunjukkan minat pasaran yang mula bersedia untuk menghadapi sebarang risiko kegawatan ekonomi global.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register