Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Harga emas terus merudum untuk hari keempat berturut-turut, lebih $16/oz Rabu semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,111.70 sebelum menutup sekitar paras 1114.90; setelah pasaran ekuiti merudum semula dan terus merisaukan para pelabur.  Emas, yang selalu dilihat sebagai aset ‘safe-haven’, kini tidak terkecuali dalanm terjunan ke bawah ini. Sebenarnya, emas memang tidak dijangka meningkat dengan ketara dalam masa terdekat, memandangkan sentimen yang meluas bahawa kenaikan kadar AS akan datang lewat tahun ini.

Sebahagian daripadanya menurut nota Bloomberg, adalah satu lagi ahli majlis FOMC, Presiden Feds New York William C Dudley, mengambil pandangan yang sama seperti Pengerusi Feds Janet Yellen. Beliau mengatakan bahawa AS mempunyai kes yang kukuh untuk meningkatkan kadar sebelum akhir tahun ini. Ini akan menjejaskan permintaan terhadap aset yang tiada kadar seperti logam berharga dan komoditi.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart berkata bahawa keputusan menangguhkan kenaikan pada awal bulan ini sebahagian besarnya adalah “pengurusan risiko”, dan bahawa beliau masih menjangkakan peningkatan kadar pada tahun ini.  Presiden Feds St. Louis James Bullard pula berkata bahawa bank pusat AS boleh menaikkan kadar pada mesyuarat bulan Oktober ini.

Harga emas turun 1% apabila kenyataan Presiden Feds Janet Yellen memberikan harapan baru, bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam tempoh hampir sedekad. Kelemahan dalam komoditi lain juga menarik pasaran emas ke paras yang lebih rendah, ditengah-tengah permintaan untuk dolar yang kembali hangat.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register