GOLD Analisa Fundamental Harian 1 Sep 2015

0 2

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $10.60/oz sebelum menutup sekitar paras $1134.85/oz, sedikit tinggi dari pembukaan, sekitar $1133.15/oz; setelah para pedagang memantau kenyataan dan komen daripada ahli Feds di Jackson Hole pada hujung minggu. Ia kelihatan seperti Fed masih boleh mempertimbangkan kenaikan kadar pada September.

Emas kelihatan kukuh untuk meneutralkan kejatuhan selama dua bulan, ekoran kebimbangan bahawa ekonomi China mungkin menjadi perlahan dan mencetuskan kejatuhan dalam pasaran kewangan global dan menarik pelabur kepada aset ‘safe-haven’, sekaligus mencabar prospek peningkatan kadar di Amerika Syarikat.

Harga emas telah meningkat 3.5% pada bulan Ogos, dan berada di landasan yang betul untuk prestasi yang terbaik sejak Januari, apabila penurunan mengejut nilai mata wang China mendorong kebimbangan bahawa ekonomi kedua terbesar di dunia itu, mungkin berada dalam keadaan yang lebih buruk dari yang difikirkan.

Pegangan dalam dana bursa yang bersandarkan emas, meningkat ke paras tertinggi dalam satu bulan pada 27 Ogos lalu, apabila Indeks equiti MSCI World All Country menuju kepada pencapaian bulanan yang paling teruk sejak Mei 2012; dan kayu ukur bagi 22 bahan-bahan mentah telah merosot bagi bulan kedua.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa