banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 10 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Emas berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar $16/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,085.40/oz ke serendah $1,069.40/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,072.45/oz yang lebih rendah dari pembukaan sekitar $1,074.80/oz; setelah terdapat hanya sedikit berita di pasaran selepas data China semalam. Pada masa yang sama, dana dagangan bursa (ETF) berasaskan emas dilaporkan mengalami aliran keluar, sekitar $58.6 juta pada minggu lepas.

ETF Emas mengakhiri minggu lalu dengan turun 0.8%, tetapi membuat kenaikan yang ketara dalam dagangan hari Jumaat lalu; bergerak di belakang dasar mengejut dari Bank Pusat Eropah (ECB), Dollar yang susut nilai ekoran pengambilan untung belian, dan laporan NFP AS yang kukuh, sekaligus meningkat jangkaan kenaikan kadar oleh Federal Reserve AS pada mesyuarat FOMC minggu depan.

Kenaikan hari ini memberi tanda bahawa pergerakan seterusnya dalam harga logam kuning ini, boleh dibuat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 16 Disember depan.  Emas akan terus meningkat apabila Dollar susut nilai dan pasaran saham jatuh di seluruh dunia; walaupun jangkaan bahawa Feds AS akan menaikkan kadar pada minggu depan akan mengekang sebarang kenaikan lanjut.

Kejatuhan harga komoditi – terutamanya penurunan harga minyak mentah ke paras terendah dalam hampir tujuh tahun apabila OPEC terus mengepam minyak untuk mempertahankan bahagian pasaran – juga menghalang emas daripada mencapai paras yang lebih tinggi. Sebarang kelemahan selanjutnya dalam harga minyak boleh mencetuskan kebimbangan deflasi – antara faktor penurunan harga emas – yang sering digunakan sebagai pelindung nilai terhadap inflasi yang dibawa oleh minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register