728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 10 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas meningkat lebih $11.50/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,167.80/oz sebelum menutup sekitar paras $1,159.15/oz; setelah pengumuman minit FOMC pada awal pagi Khamis yang tiada memberi sebarang arah dan petunjuk.  Emas memanjat dari paras terendah dalam masa empat bulan pada hari Khamis, setelah Dollar lemah pasca minit mesyuarat FOMC.

Emas keluar dari julat dagangan yang lebih ketat semasa sesi pagi Asia, selepas Dollar lemah apabila pelabur memerhatikan kestabilan pasaran ekuiti China dan kemajuan dalam rundingan hutang Greece. Pasaran Saham China stabil selepas pengatur sekuriti melarang pemegang saham dengan kepentingan lebih 5% daripada menjual saham bagi tempoh enam bulan akan datang; dalam usaha untuk menghentikan kejatuhan dalam harga saham yang mula mengeruhkan pasaran kewangan global.

telegram-moshed

“Apa yang berlaku di China akan menyeret harga emas kerana anda mempunyai begitu ramai orang Cina mendapati jari mereka dibakar pada peringkat ini, jadi mereka tidak mempunyai lebih banyak dana atau wang untuk membeli emas,” kata Howie Lee, seorang penganalisis di Phillip Futures Singapura.  Emas biasanya mendapat manfaat dari ketidaktentuan politik dan ekonomi kerana pelabur mencari aset yang lebih selamat; tetapi harga logam itu telah sebahagian besarnya ‘ranging’ untuk sebahagian besar tahun ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register