Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 10 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Harga emas menokok sekitar $10.30/oz Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar $1,172.45 ke setinggi sekitar $1,183 sebelum menutup sekitar paras $1,176.75; selepas aset ‘safe-haven’ seperti emas kembali mendapat permintaan ekoran rundingan bertujuan untuk menyelesaikan hutang Greece dengan pemiutang antarabangsa, kembali buntu dan terus berlarutan. Perdana Menteri Yunani Alexis Tsipras dijangka bertemu lagi dengan Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis François Hollande di Brussels pada hari ini.

Di pasaran hadapan, emas menutup lebih tinggi semalam, melonjak dari paras terendah sejak pertengahan bulan Mac, dan meletakkan satu pengakhiran kepada tiga sesi kejatuhan selepas Dollar AS dan pasaran ekuiti AS lemah.  Emas untuk penghantaran Ogos naik 0.5% kepada $1,173/oz, selepas kehilangan lebih daripada 2% dalam tempoh tiga sesi dagangan sebelumnya.

telegram-moshed

Dalam pada itu, keyakinan pelabur dalam logam kuning emas kelihatan semakin berkurangan setelah pegangan dalam SPDR Gold Trust, ETF emas terbesar di dunia, jatuh kepada 708.70 tan metrik pada hari Jumaat, terendah sejak 14 Januari, turun dari lebih 773 tan metrik pada awal Februari.  Logam ini telah jatuh kepada $1,162.35/oz pada Jumaat, paras paling rendah sejak 19 Mac, selepas data NFP AS keluar memberansangakan; sekaligus mendorong jangkaan Federal Reserve akan meningkatkan “interest rate” pada bulan September ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register