728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

Harga emas merudum lebih $27/oz Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,262.50/oz sebelum menutup sekitar paras $1,265/oz; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada laporan pekerjaan sektor perladangan AS yang bercampur-campur. Jabatan Buruh AS melaporkan Jumaat lalu, bahawa ekonomi AS menambah 160 ribu pekerjaan pada bulan lalu, peningkatan kecil sejak September tahun lepas, dan jauh di bawah jangkaan 202 ribu. Walau bagaimanapun, purata pendapatan setiap jam meningkat lapan sen AS, atau 0.3%, menjadikannya peningkatan tahunan kepada 2.5% daripada 2.3%.

Dollar terus mengukuh selepas data menunjukkan peningkatan pertumbuhan upah AS mengimbangi laporan NFP yang lemah secara keseluruhan, sekaligus mengekalkan jangkaan dua kenaikan kadar pada tahun ini. Sementara itu, Presiden Feds New York William Dudley berkata bahawa ia adalah munasabah untuk menjangkakan dua lagi kenaikan kadar pada tahun ini meskipun data April lebih lemah daripada jangkaan.

Semalam, Charles Evans, Presiden Feds Chicago pula berkata, asas ekonomi AS adalah kukuh dan pertumbuhan tahun ini dijangka meningkat kepada sekitar 2.5%, sambil menambah bahawa pendekatan ‘tunggu dan lihat’ yang diambil oleh Feds pada masa ini, adalah sesuai. Indeks Dollar, yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam mata wang utama, meningkat kepada 94.13 mata dalam perdagangan awal Isnin, yang paling tinggi sejak 28 April selepas mencapai sekitar 94.04 mata, iaitu kenaikan sekitar 0.22% untuk hari tersebut.

telegram-moshed

Dollar yang kuat biasanya memberati harga emas dan komoditi utama, kerana ia melembapkan permintaan terhadap logam itu sebagai aset alternatif dan membuat komoditi yang disebut harga dalam Dollar, menjadi lebih mahal untuk pemegang matawang lain.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register