728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 10 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam dengan pergerakan sekitar $7.35/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,095.75/oz ke serendah $1,088.40/oz, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah pasaran dipenuhi dengan aktiviti pengambilan untung apabila harga logam berharga itu jatuh lebih $105/oz dari paras tertinggi bulan lepas sekitar $1,191.65 terkesan dari sentimen kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC Disember ini.

Jualan besar-besaran dalam emas telah berterusan selama tiga minggu sekarang, dengan pencetus utama untuk kejatuhan ini ialah Dolllar yang terus kukuh. Jualan besar-besaran dipergiatkan minggu lalu selepas angka pekerjaan Amerika Syarikat mengejutkan pasaran. Harga emas jatuh lebih 4% minggu lalu untuk menutup sekitar $1,089.80/oz apabila pekerjaan di sektor bukan perladangan AS (NFP) meningkat sebanyak 271 ribu pada bulan Oktober berbanding jangkaan pasaran sebanyak 180 ribu pekerjaan.

telegram-moshed

Emas jatuh kerana pasaran percaya bahawa kadar yang lebih tinggi akan menjejaskan permintaan bagi aset yang tidak berkadar seperti emas dan saham. Aset SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berasaskan emas, jatuh 0.4% kepada 669.09 tan metrik pada Jumaat lalu – paras paling rendah dalam tempoh hampir tiga bulan – apabila pelabur keluar dari pasaran emas.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register