banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Harga emas yang melonjak lebih $4.50/oz pada awal sesi Asia Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,076.55/oz, kembali susut lebih $6.50/oz sepanjang sesi dagangan Eropah dan Amerika, sebelum menutup sekitar paras $1071.40/oz; setelah pasaran komoditi terus tertekan dengan kemungkinan kenaikan kadar Federal Reserve AS pada minggu depan. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan mengadakan mesyuarat terakhir tahun ini, untuk dua hari dari Selasa depan, dan pasaran menjangkakan Feds akan menaikkan kadar.

Satu siri data ekonomi AS yang memberansangkan telah mengukuhkan kemungkinan perkara ini, menurut kebanyakan para trader dan pelabur; sekaligus menyebabkan emas berada di bawah tekanan. “Emas tetap terkunci dalam julat yang agak kecil memandangkan para pelabur sama ada duduk di luar atau sudah menetapkan kedudukan mereka menjelang mesyuarat FOMC minggu depan,” menurut ANZ Research dalam satu nota kepada pelanggan.

Dalam pada masa yang sama, penganalisis melihat harga emas masih boleh jatuh, walaupun selepas keputusan kadar Feds minggu depan. Kenaikan kadar mungkin akan terus meningkatkan nilai mata wang AS dan menekan harga komoditi yang disebut dalam Dollar, seperti emas. Emas juga menjadi kurang menarik bagi pelabur berbanding dengan aset yang memberi pulangan kadar, seperti bon perbendaharaan AS, apabila kadar meningkat.

Dengan kata lain, kadar yang lebih tinggi bakal menjejaskan permintaan bagi aset yang tidak berkadar seperti emas, yang telah hilang 9% daripada nilai pada tahun ini, dan dilihat sedang berada di landasan untuk kejatuhan tahun ketiga.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register